UIA WAHABI?

Saturday, November 14, 2009

JAIS terpaksa temuduga permohonan tauliah oleh 7 penceramah atas sokongan YB, kemudiannya menolak ketujuh-tujuh pemohon tanpa sebab (disyaki ber'fahaman' wahabi).  Kemudian menafikan penolakan mereka ni sebab 'wahabi'. Katanya "permohonan tak ikut prosedur isi borang" .....hua hua hua.... - apa ni, munasabah ke??? Dah kalau tak betul isi borang bakpe mu gi temuduga... 



Nama tujuh pemohon, semua yang mengaji hadis:-



  1. Fathul Bari Mat Jahya - kelulusan BA Hadis (Universiti Madinah), MA (Universiti Yarmouk, Jordan), sedang menamatkan PhD di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 
  2. Mohd Khairi Anwar Abdul Latif - BA al-Quran dan Sunnah (UIA), MA Hadis (UIA), bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa 
  3. Abdul Razak Mutalib - BA Usul Fiqh (UIA), MA Hadis, bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa 
  4. Muzairi Mustafa - BA Tafsir, Usul dan Dakwah (Al-Azhar, Kaherah), sedang menuntut di peringkat sarjana 
  5. Fathlan Mohd Osman - BA Dakwah, MA Tafsir (UKM), sedang menyiapkan PhD Hadis di UIA 
  6. Dr Azwira Abd Aziz - BA (Univeristi Madianah) MA (Univeristi Madianah), PhD (Universiti Jordan), ketua Jabatan Al-Quran dan Sunnah UKM 
  7. Mohd Roesfan Sazzerin Mohamad Sufi - BA Hadis, Diploma Dakwah (Universiti Madinah), MA Hadis (UIA

http://3.bp.blogspot.com/_PyBjG0KepN4/SQ_ZnVqoQlI/AAAAAAAAACY/vLdazgcygJ8/s320/Masjid+IIUM+KL.JPG
Sumber berita: Malaysiakini


Geledoh Pulok Doh? 
Sebab nak siasat hal ceramah tanpa tauliah?



JAIS Geledah Banglo Tempat Dr Asri Beri Ceramah Tanpa Tauliah

Oleh ZIEMAN DAN NURUL AIN MOHD. HUSSAIN PETALING JAYA: Banglo mewah di mana bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditangkap kerana memberi kuliah agama tanpa tauliah telah digeledah oleh dua orang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.

Hasan Ali Nafi Arah JAIS Tangkap Dr Asri

SHAH ALAM: Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali semalam menafikan beliau mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah pada 1 November lepas.



Read more...

Who's The Boss

Thursday, November 12, 2009

Mufti, Ulama perlu dapat kebenaran untuk berceramah - JAIS

12/11/2009 5:37pm

SHAH ALAM, 12 Nov (Bernama) — Para ulama dan mufti perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terlebih dahulu sebelum dibenar menyampaikan ceramah agama ataupun khutbah di negeri ini walaupun mereka menerima pengecualian tauliah JAIS.
Pengarah JAIS Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata pengecualian tauliah kepada mereka yang ingin mengadakan ceramah atau khutbah di Selangor hanya diberikan kepada golongan tertentu antaranya ulama, mufti negeri, jawatankuasa fatwa, Hakim Mahkamah atau Pendaftar Mahkamah Syariah serta Menteri atau Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam.
..............bla bla bla bla bla 

"BUKANG SEBAB NIIII NIH... MUNGKIN DR.MAZA BOLEH TRY MINTA KEBENARAN SELEPAS NI  ...TENGOK DIA WI KE DOK....

 

"EH...MANA BULEH IGAP....KALU DIA DUK DUMOH BARU LA KITA IGAP...KITA KATOK PITU KUAT2.....KEPAKARANG KITA NGITA2 NIH... "WOI BUKA WOI...AKU ADA MASTER SYARIAH!!! NI HOK MARI NOK DENGOR CERAMAH NI KALU LAWANG KITA IGAP SAMA" ---gamoknya lah, org kabo gitulah.... gini la org jabak ugama rupanya.... 

GI IGAP "WAHABI" HOK DUK GOMBENG TEPI JALAN TUHHH...   

"Jangan Mudah Menuduh Orang Wahabi"


al-fikrah.net (AFN)



Sekarang ini ramai di kalangan masyarakat tertanya-tanya apakah itu WAHABI yang disebut-sebut dalam media akhir-akhir ini. Sebagai membantu memberi jawapan yang sebenar, disenaraikan adalah url artikel-artikel rujukan yang terdapat di AFN berkenaan isu ini untuk bacaan para pengunjung sekalian. Semoga bermanfaat.

1. Wahabi!
2. Wahabi: Istilah Yang Ditakuti!
3. Wahabi: Meluruskan Salah Faham
4. Jangan Mudah Menuduh Orang Wahabi!
5. PANDANGAN RASMI JAKIM TENTANG ISU WAHHABIYYAH
6. Pandangan Jakim Terhadap Wahabi (Download PDF 10.2MB)
7. Wahabi - Penentangan dan Sokongan (Download PDF 48.1MB)
8. SIAPA PENCETUS PERTAMA ISTILAH WAHHABI?
9. Para Pendukung Sunnah Di Malaysia Hanyalah Pengikut Gerakan Wahhabiyah (Ulangan)
10. Golongan Muda dan golongan tua


 

Read more...

Cedok Ajim : " Wahabi"

Thursday, November 5, 2009


الوهابية
"WAHABI" ...Istilah Yang Ditakuti!



Antara ketakutan dalam diri manusia adalah apabila dia diberikan suatu gelaran yang membawa maksud yang buruk dalam masyarakat, ‘Wahabi’ merupakan contoh gelaran yang ditakuti apabila seseorang itu berada di dalam lapangan agama. Masyarakat Islam di Malaysia secara umumnya memahami istilah Wahabi ini merujuk kepada segelintir golongan umat Islam yang mempunyai tafsiran dan pemahaman yang berbeza mengenai soal ibadat. Contohnya, apabila seseorang itu tidak membaca doa Qunut ketika solat subuh, maka dia akan dituduh sebagai penganut fahaman Wahabi. Begitu juga jika seseorang itu menolak mengadakan majlis kenduri arwah, maka dia juga akan dituduh sebagai Wahabi. Secara ringkasnya, apa sahaja pandangan atau pendapat yang melawan arus pemikiran perdana umat islam di Malaysia, maka berkemungkinan besar si pembawa idea atau pendapat itu akan digelarkan sebagai Wahabi. Persepsi ini merupakan satu stigma pemikiran yang yang telah lama mendominasi pemikiran tradisionalis umat Islam di Malaysia. Penulisan ringkas ini tidak menjuruskan benar atau salah fahaman ini, namun sekadar santapan ringkas agar ilmu dan pemahaman dapat diluaskan. 



Dr MAZA: Antara tokoh yang dikaitkan dengan fahaman wahabi, namun beliau menafikannya.

Gelaran Wahabi sebenarnya disandarkan kepada seorang tokoh agama yang bernama Muhammad Ibn Abdul Wahab. Di zamannya, Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab merupakan seorang yang tegas dalam membersihkan akidah umat islam yang mana ketika itu dicemari dengan pelbagai unsur-unsur inovasi dalam agama seperti pemujaan kubur alim ulama’ dan pembinaan di atas kuburan. Kebanyakan tanggapan mendakwa fahaman ini mendukung idea dan perjuangan Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab dalam membersihkan akidah umat Islam. Sewajarnya, jika gelaran wahabi ingin disandarkan kepada Sheikh ini, ia sepatutnya menggunakan gelaran ‘Muhammadiyyah’. Namun musuh-musuh Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab sengaja menggunakan istilah Wahabi untuk mengaitkan diri Sheikh itu dengan fahaman Khawarij yang mendakwa orang Islam sebagai murtad jika melakukan dosa. Namun hal ini telah dinafikan olehnya dalam surat yang ditulis kepada penduduk Qassim, ‘saya tidak pandang mana-mana orang Islam sebagai kafir kerana dosa mereka, dan saya juga tidak mengeluarkannya dari agama Islam.’ (ruj: Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life & The Essence of His Call, Prof Sulaiman Ibn Abdurrahman Al-Huqaily, edisi terjemahan oleh Hamidun Abdullah untuk Institute As-Sunnah, Perlis) Sebenarnya, terdapat banyak tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada tokoh ini sehingga menjadikan gelaran Wahabi sebagai satu istilah yang ditakuti, namun kebanyakkan tuduhan itu telah pun dijawab dengan ilmiah. Walaupun berlaku banyak fitnah terhadap dirinya, namun sumbangan besarnya dalam bidang akidah tetap dihargai oleh ramai ulama’ dunia seperti Dr Yusuf Al-Qardhawi, Sayyid Muhammad Rashid Ridha, Sheikh Ali Tantawi dan lain-lain ulama’ besar dunia. Memetik kata-kata Al-Qardhawi ‘Prioritas dalam da'wah Imam Muhammad bin Abd al-Wahhab di Jazirah Arabia ialah pada bidang aqidah, untuk menjaga dan melindungi tauhid dari berbagai bentuk kemusyrikan dan khurafat yang telah mencemari sumbernya dan membuat keruh kejernihannya. Dia menulis berbagai buku dan risalah, serta menyebarkan dan mempraktekkannya dalam rangka menghancurkan berbagai fenomena kemusyrikan.’(ruj: Fiqh Aulawiyyat, Dr Yusuf Al-Qardhawi)
 

Realiti yang berlaku di dunia Islam, kebanyakkan pemikiran tradisionalis menganggap fahaman Wahabi ini sebagai unsur yang menyimpang di dalam Islam. Dukacita juga sebahagian dari mereka meletakkan fahaman ini sebagai terkeluar daripada Ahlul Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ). Majoriti yang menjadi pemikir seperti ini hanyalah merupakan mangsa kepada keadaan yang telah membutakan mereka kepada kefahaman yang rigid. Mereka menganggap, apa sahaja yang bercanggah dengan nilai mazhab Syafie mengikut kefahaman mereka, nilai itu akan dianggap sebagai tertolak walaupun ia masih berlegar dalam ruang ASWJ. Oleh itu, sebarang usaha tajdid untuk memberikan satu sudut pandang yang berbeza terhadap Islam, maka kadangkala ia akan ditolak secara mentah dengan beralasan pandangan itu sebagai pegangan fahaman Wahabi. Al-Qardhawi mengulas mengenai isu takut kepada usaha tajdid, katanya ‘Inilah satu titik lemah dalam pergerakan Islam. Ia takut dari ijtihad, tidak senang pada pembaharuan (tajdid), tidak cenderung pada keterbukaan dan tidak menyenangi perkembangan dan perubahan.’ (ruj: Di Mana Punca Kelemahan Umat Islam Masa kini, Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi)
 

Di Malaysia, golongan yang mendukung fahaman Wahabi ini lebih gemar jika ia digelarkan sebagai Salafi, Pro-tajdid atau pendukung Sunnah. Mereka ingin membawa satu kaca mata yang lebih besar terhadap fahaman ini dengan menekankan pemahaman Islam menurut manhaj para Salaf. Al-Salaf memiliki erti orang-orang yang mendahului dari bapak-bapakmu dan kaum kerabatmu yang mereka di atasmu dalam hal usia dan keutamaan..... Rasulullah, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, mereka adalah salaful ummah (pendahulu ummat), dan siapa saja yang menyeru kepada apa yang diserukan oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, mereka juga salaful ummah. Serta siapa saja yang menyeru kepada apa yang diserukan oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, maka mereka berada si atas manhaj as-Salaf ash-Sholih. (ruj: Studi Ringkas Tentang Manhaj Salaf, Sheikh Abdul Qadir Al-Arna’uth) Manhaj ini menurut mereka tidak membataskan pemikiran dengan lingkungan mazhab semata, tetapi keluasan pemikiran berpandungan Quran dan As-Sunnah yang soheh. Oleh sebab itu, masyarakat Islam tradisionalis menganggap mereka sebagai bermasalah apabila ada ibadah atau adat yang ditentang oleh pendukung fahaman ini kerana menurut mereka tidak menurut syariat Islam yang sebenar. Hal ini telah menyebabkan berlakulah pertempuran yang berlarutan sekian lama yang mungkin dikenali di Malaysia sebagai ‘kaum muda vs kaum tua’.  


Namun begitu, fahaman Salafi di Malaysia masih boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan menurut pengamatan Ustaz Zaharuddin. Kumpulan pertama ialah yang ekstrem lagi keras dan tegas, kedua pula yang Sederhana (moderate), manakala Ketiga iaitu yang lebih lembut dan toleran (Mild). (ruj: Ulasan, Komentar & Cadangan Berkenaan Kursus Latihan ESQ 165, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman) Mungkin pendekatan kumpulan pertama iaitu yang bersifat sedikit keras dan ekstrem telah menimbulkan rasa kurang senang dan terkejut masyarakat Islam di Malaysia yang mana rata-rata pemahamannya mengenai ilmu Islam hanyalah pada peringkat asas. Pendekatan bagi kumpulan dua dan tiga kelihatan agak berjaya apabila dapat mempengaruhi sebahagian besar golongan pelajar di universiti dan pekerja profesional. Perkembangan aliran Salaf ini mendapat tentangan agak hebat daripada golongan yang memegang kuasa agama apabila terdapat beberapa tokoh yang didakwa mendukung fahaman Wahabi dilarang memberikan ceramah dibeberapa buah negeri. Terdapat juga pelbagai forum yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu yang mana bertujuan menerangkan tentang bahaya pemikiran Wahabi yang semakin menular di dalam Malaysia. 


Isu wahabi sebenarnya merupakan masalah persepsi umat Islam yang mana telah digambarkan dengan pelbagai fakta yang dangkal dan tidak benar mengenai fahaman ini. Umat islam di Malaysia perlu diberikan ruang kepada pemikiran yang lebih luas terhadap Islam. Jika suatu pemikiran itu dangkal dan tidak benar, secara automatis pemikiran itu akan berkubur dan tidak mendapat tempat. Masyarakat Islam semakin bijak dalam penilaian, berikan mereka ruang untuk menilai setiap hujah dan fakta mengenai agamanya. Perkara yang terpenting dalam hal ini, kita sewajarnya tidak sesekali mengeluarkan mereka daripada keluarga Islam ASWJ. ‘Oleh itu berbalik kepada isu Wahhabi, pendirian yang jelas perlu diambil, Wahhabiyyah sekali-kali bukan golongan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah. Mengeluarkan mereka daripada Ahli Sunah bermakna kita juga terjebak ke lembah fanatik yang sama seperti sebahagian mereka.....’ (ruj: Isu Wahabiyyah: Menangani Secara Realiti, Jurnal Penyelidikan Islam bil 19 2006M, Mohd Aizam bin Mas’od, JAKIM)  
 

*Perlu penulis ingatkan, penulisan ini tidak memberikan gambaran tentang manhaj atau pegangan penulis. 

Oleh: Ajim     ....  http://www.ajimtajdid.blogspot.com

"ASAL LAIN SIKIT COP WAHABI SELALU ORG KITA NIH......  YG GI BELAJOR MESIR TU BYK NAK MARAH KAT DR.ASRI NIH SBB ADA KENA SOUND DALAM SATU KULIAH... BUKANNYA DIA SOUND SEMUA YG GI MESIR TU MALAS.... KALAU BETUL TAK MALAS TAK PAYAH LA BERASA....   ADA YANG TUDUH ASRI WAHABI DENGAN MAKSUD WAHABI ITU SESAT DAN TERKELUAR DARI IKTIKAD AHLI SUNNAH..... PENUDUH-PENUDUH BERANI TULIS DALAM BLOG DAN KOMEN SHJ.   ADA ANTARA PENUDUH YANG LANGSUNG TAK PERNAH DENGAR CERAMAH DR.ASRI....  KALAU TUDUHAN TU BERASAS LEBIH BAIK BERANI BERHADAPAN DAN BERDEBAT SERTA ADAKAN BUKTI...  KALU GITU TAK PAYAH IKUTLAH IMAM DI MASJIDIL HARAM.....SEBAB IMAM-IMAM NI SEMUA IMAM WAHABI...DAN WAHABI TU SESAT.... AKU TAKMBOH TUDUH SAPA2...AKU ORG D.A.P ....DUK ATAS PAGOR.... MANA AJARAN KITA YAKIN BETUL KITA IKUT..... RASA TAK BOLEH TERIMA JGN TUDUH SESAT ATAU KAFIR.... "


Read more...

JAIS v ASRI : Limaazaaaaaaa???

Monday, November 2, 2009

PECOH BOR ORG GANU KATA.....
RASA-RASA DR.MAZA BOLEH SAMAN TAK JAIS?

Dr. Mohd. Asri dilepaskan dengan bon

02/11/2009 12:43pm


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin hari ini dilepaskan dengan bon tanpa cagaran oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan hanya diminta untuk hadir bagi siasatan pada bila-bila masa apabila dihubungi. - Utusan

www.drmaza.com

Laporan Terkini



Dr. Mohd Asri bersama Adun Pelabuhan Klang, Saari Sungip.

Lagi gambar isu penahanan Dr Mohd Asri, sila klik di sini.


Laporan Terkini (1.50ptg)


Dr Mohd Asri kini berada di Hotel Putra KL.
Beliau menerima jemputan perbincangan bersama Datuk Jamil Khir.




  1. Ulasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak , sila klik di sini.
    PM & Kerajaan Pusat takde sangkut paut dgn tindakan JAIS....





  2. Ulasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom, sila klik di sini.


    Menteri bahagian hal-ehwal agama ckp kerajaan pusat tak terlibat






  3. Lagi laporan daripada Mstar Online : “Pegawai JAIS adakan perbincangan dengan Dr.Asri, muncul di mahkamah lewat dua jam”, sila klik di sini.
    Yang ni lawak nih....




  4. Ulasan daripada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim, sila klik di sini.


    "Orang menghina agama, anti-Islam, JAIS tak pula ambil tindakan tapi seorang bekas Mufti, seorang ulamak memberi ceramah, ditangkap pula."



  5. Ulasan daripada Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, sila klik di sini.

  6. Lagi laporan daripada Mstar Online : “Bekas Mufti Perlis anggap diri disabotaj JAIS”, sila klik di sini.






    SEKARANG LIHAT RESPONS TOLER AIR PGSM :-

    Kenyataan Media


    Respons NGO-NGO Islam Terhadap Sidang Akhbar Dr. Asri Berhubung Memorandum Bantahan Perlantikan Beliau Sebagai Yang Di Pertua YADIM


    Ahad, 1 November 2009






    Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr.Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-




  • Kami melahirkan rasa KEKESALAN kami di atas tindakan Dr. Asri memperbesar-besarkan dan mencari publisiti terhadap suatu perkara yang merupakan hak serta budibicara mutlak YDPA dan Kerajaan, yang mana menurut undang-undang, perlantikan YDP YADIM adalah kuasa YDPA dan Kerajaan.

  • Kami TEGASKAN bahawa adalah suatu sikap yang MENGECEWAKAN untuk beliau memperbesar-besarkan isu ini dan mengheret masyarakat umum ke dalam persoalan ini, sedangkan ia adalah isu dalaman pentadbiran agama negara kita, yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah. Oleh itu, kami tidak berniat dan tidak berhasrat untuk membincangkan isu ini secara terbuka.

  • Kami turut merasa MUSYKIL dengan beberapa dakwaan beliau dalam sidang akhbar beliau termasuk dakwaannya yang ‘menolak’ tawaran perlantikan sebagai Yang Di Pertua YADIM sedangkan belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak yang berkuasa dalam hal tersebut.

  • Kami mengakui memang kami telah mengambil langkah tegas untuk menyampaikan bantahan kami terhadap ura-ura perlantikan beliau sebagai YDP YADIM atas sebab-sebab maslahah ummah  (kepentingan seluruh umat Islam) di Malaysia.

  • Dalam pengetahuan kami, di kalangan pihak berkuasa agama, tokoh-tokoh agama, pertubuhan-pertubuhan arus perdana sudah sekian lama tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan pendekatan Dr. Asri yang banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh Pihak Berkuasa Agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan-amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan lain-lain.

  • Merujuk kepada permintaan Dr. Asri agar kami mengemukan bukti tentang kenyataan kami, kami BERSEDIA pada bila-bila masa untuk bersemuka dan berbincang dengan beliau SECARA PERIBADI, kerana kami berpendirian bahawa isu ini adalah isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka. Tindakan beliau ini sekali lagi menggambarkan bahawa beliau adalah seorang yang tidak berhemah, tidak berhikmah, sekaligus menggambarkan beliau tidak sesuai memegang jawatan sebagai YDP YADIM atau jawatan-jawatan yang seumpamanya.

  • Tindakan kami menghantar memorandum kepada YDPA Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana. Kami tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia.


Kami NGO-NGO Islam telah pun mengemukakan pandangan kami kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan kami menyerahkan kepada Ke Bawah Duli untuk mempertimbangkan pandangan jujur dan ikhlas kami tersebut.




Ditandatangani oleh :


……………t.t..………………….
MOHAMAD ISA BIN ABD RALIP
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
"Tukang Kucar"
























  1. Mohamad Isa Abd. Ralip
    Smart weh nate nih!!!







    TENGOK "TUKANG KUCAR" KATA MENDE PLOK :-





    Sementara itu, beliau berkata, PGSM dan NGO Islam mengakui kesilapan mereka sehingga menyebabkan kandungan memorandum itu 'bocor' di dalam laman web PGSM sejak Khamis lalu.




    "Namun saya mengakui kandungan memorandum itu memohon Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan supaya tidak melantik Mohd Asri menjadi Yang Dipertua Yadim," katanya.


    Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya hairan dengan keputusan Mohd Asri yang 'menolak' lebih awal tawaran pelantikan jawatan sebagai Yang Dipertua Yadim kerana kerajaan belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.


    "Kami kesal dengan Mohd Asri memperbesarkan dan mencari publisiti terhadap perkara yang menjadi hak dan budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan. Ini adalah isu dalaman yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah," katanya.




    "DEYYYYYYYYYY!!!!!
    PADAIYAPPAAA LAAA!!!!"
    ente buat ana fenin la
     

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP